Total Pageviews

Thursday, 19 February 2015

ResQ Team Part 2: SMK Pulau Tawar, Jerantut, Pahang.

Assalamualaikum semua,

Seperti yang dijanjikan, RT nak sambung kembali cerita sukarelawan banjir ni. Memang dah lama kisah ini berlalu, tapi percayalah kesannya masih lagi berbekas dalam fikiran, hati dan memori orang yang merasainya. 

Kali ni RT nak shared gambar je dengan kalian semua. Asyik bercerita je, mesti korang boring je kan. So, kali ni kita layan aje beberapa keping gambar yang berjaya diambil semasa misi di Jerantut hari tu.


Seperti biasa, kami berempat akan berposing dulu sebelum naik bas.
*Pakai baju yang sama tapi tite basuh tau baju merah tu. Berjam tunggu turn nak guna mesin basuh kat tempat penginapan.* 






Beberapa kawasan yang terjejas banjir di sekolah tu.
*Tengok tu korang tanah selut pun dah merekah.*






Kami diberi tugas untuk membersihkan kawasan makmal. Seperti biasa ResQ Team mula membahagikan tugas. Aku tolong diorang angkat peralatan-peralatan makmal ke tingkat bawah sebab kawasan koridor kecil dan dipenuhi pelbagai peralatan mencuci. 

Naik turun, naik turun tangga tu boleh kurus tite...hehehe...

Meh sini jamu mata dengan pict yang lain pulak.




Gembira ek Laila angkat 'peace' gitu, Hanim dengan Lia 'thumb up'...
Nampak kan diorang enjoy buat kerja-kerja cam ni, 
Lepas ni boleh panggil diorang lagi. Eh, hahaha... ;p





Tengok tu banyak peralatan makmal yang perlu dibersihkan.
Tripod stand, test tube, dan blablabla...*RT tak ingat dah nama-nama alatan yang lain...Maaf ye*
Seperti yang korang dapat tengok tu la kerja kita orang.






Bertungkus-lumus kawan-kawan ResQ Team membersihkan peralatan makmal. Penat memang penat tapi best la. Kat sini la kita nak tengok nilai kerjasama dan ukhwah silaturrahim yang terbina. Meskipun baru aje kenal tapi dah boleh bekerja satu kumpulan. Wahhh, bak kata pepatah, berat sama dipikul, ringan ditiup angin...eh...tak la. Ringan sama dijinjing. :)







 Picture sebelah tu semasa ResQ Team berada di surau untuk menunaikan ibadah. *Bantu- bantu juga tapi jangan sampai ibadat wajib kita tinggalkan. Ingat, jangan lalai... Solat yang paling utama. otey :)*







"Arrr...apa? Tali pendek?" Hehehe...Nak angkat barang, takal tak ada ini pun jadilah. Kreatif-kreatif betul diorang ni.







Yeyeye...ada orang tu belanja tami semua air milos ais... Siapa la yang baik hati tu? Hehehe...*Jawapan ada dalam ResQ Team Part 1.*
Dapat basah tekak setelah seharian berpanas. Cece...yelah sangat!

Yun, Kak Ain dan Kak Fiqa...
Dah habis buat kerja ...berposing la pulak...comel tak kami?




Ni la Arep...Kali ni dia tak jadi tukang bakar, dia jadi 'bomba' sekejap. 
Pancut air bersih lantai tu ye, nanti guru besar datang spoke check. Hehehe...










Apa yang berlaku kat atas? Kalau nak tahu ni ha...nampak tak Kak Ain dengan Kak Fiqa giat membersihkan cermin tu...Wah, naik bulan , angkat bonusss..hahahaha...



Ada yang potong daging, ada yang masak lemak pisang...tu...tu...Dah macam berkenduri-kendara sekali tengok.
Ingat apa yang penting...Kerrrrjaaaasssaaammmaaa...* Trek mark Wonderpate*

Abang Chik sedang memberi taklimat pulang. Memandai RT ni...mana ada taklimat nak pulang. Dah habis kerja apa lagi balik la...hehehe...




Sebelum tu, bergambar kenangan tak pulak lupa, tapi korang lupakan aku,
 sob-sob :(...dah la...merajuk cam ni...* Seminggu tau nak pujuk tite*

Inilah kisah misi hari kedua. Apa-apa pun kami semua rasa puas hati sangat sebab dapat menyumbang keringat kepada insan-insan yang memerlukan. Inilah kenangan yang tercipta antara kami ahli-ahli ResQ Team sehingga sekarang. In shaa Allah semoga kekal bersahabat sehingga selamanya.


Selepas tu kami dibawa ke Teluk Cempedak, ambik angin malam...


Lia dan Hanim...:)




Masih tersenyum walaupun seharian penat....Good job gurlzzzsss...


Dari kiri tu Faris (YDP MMKLK) Lia, Hanim dan Laila (MMKLK)...
ResQ Team UKLK adalah di bawah pengelolaan mereka...dan saya yang cute ni (tak da dalam pict...)
*perasan jap.* Kihkih....


Selepas dari mengambil angin malam kami pun bertolak balik. Sekejap pun aku dapat rasa ada memori yang terabadi di situ. Suatu kenangan yang sukar diperolehi bak kata Mr. Apple, cerita-cerita macam ni la aku harus shared dalam blog ni....*Haiii...Siapa plak Mr. Apple ni? Krikk...krikkk...*
Kami betolak pulang ke Tg. Malim pada keesokan harinya. 

Alhamdulillah, lengkaplah ekspedisi misi kali ni. 


"Mission Accomplished "

"Semoga apa yang kita lalui hari ni akan mematangkan dunia kita hari esok....Amin."-RT a.k.a NSB












No comments:

Post a Comment