Total Pageviews

Sunday, 11 January 2015

Tutorial Membuat Galeri & Button Instagram untuk Blog

Tutorial cara meletakkan galeri & button Instagram di blog.

Assalamualaikum semua...

Hari ni aku belajar sesuatu tentang cara membuat galeri & button Instagram di laman blog. Jujurnya, aku memang tak tahu langsung macam mana nak create bendalah ni, tapi alhamdulillah berkat aku berusaha tanpa putus-putus search kaedah yang sesuai untuk aku hasilkan sendiri benda ni akhirnya aku berjaya. * Senyum colgate*

Ok...Mari sini orang-orang kampung...hehehe...aku nak kongsi ilmu yang ciput ni. 

Dah sedia ke??? Ok, ok...Mula-mula....

  1. Pastikan anda mempunyai akaun instagram. Log in akaun anda kemudian search                ‘webstagram’.
  2. Setelah itu, anda klik butang ‘Tools’.


(Isi maklumat yang tertera di laman skrin)

 3.  Selepas itu, anda boleh melihat gambaran galeri anda dengan mengklik ‘preview’.
 4.  Apabila anda sudah berpuas hati, klik ‘generate code’ untuk mendapatkan code galeri           instagram tersebut.
 5.  Setelah itu anda copy code yang diperoleh dan pergi ke:
      Layout - Add gajet (HTML/javascript)pastekan code tersebut dan kemudian klik save.

**Manakala untuk membuat button instagram, anda perlu klik 'follow me button' pada laman    yang sama. Kemudian copy code yang tertera dan pastekan dalam HTML/javascript.

  Tu je...Semoga bermanfaat. :)

  Ikhlas.

  Raihana Tomoko a.k.a NSB






Saturday, 10 January 2015

Sajak: Unggas Yang Kaku

Unggas Yang Kaku



Sang Unggas kau kaku di situ,
Kau miliki sayap yang lebar,
mengibas dikala kau berada di awan tinggi,

Sesekali kau tumpas jatuh mengadap bumi,

Sang Angin menghembus dikau untuk ketemu aku,

Kau seperti tidak berdaya,
Kaku di celah-celah dedaun menghijau,
Mata kau terpejam,
Tapi ku tahu kau masih bernafas,

Sang Unggas kau kecil ditelapak tanah,
Ingatan di minda "Kau bisa terbang lagi",
Ku biar kau kaku di situ, 
Selang minit bersilih minit,
Mentari menegak kini sinarnya beralih ke ufuk senja,

Aku lalui lagi lorong itu,
Lorong yang sama tak akan pernah tersalah arah,
Lorong yang ada semangat dan cinta anugerah Rabb Yang Esa.
Lorong yang kulukiskan cetusan jiwa memelihara jati diri,
Lorong yang mengusik hati yang berbelah bagi 'menyelamatkan kau',
Ingatan di minda kini, "(kosong)",
Pipit sudah terbaring kaku menyembah bumi,
Keras, tiada lagi imbasan nadi tubuhmu kelihatan,
Tipulah hati, tipulah tanpa kesedihan,
Tipulah akal, membohongi ketelusan hati,
Bohonglah mata, tipu lah kalau tak berkelip memandang engkau.

Sang Unggas kini tanah membaluti kau,
Ku tahu kau kecil, tapi kau sememangnya kuat,
Ku tahu kau perlukan bantuan tika itu,
Salahku kerna biarkan masa memamah dan membawa kau pergi,
Aku tak mampu mengimbas saat kau semput di rumput nan hijau,
Semput di hadapan lorong-lorong ehsan,
Seperti meraih simpati yang tidak dipeduli,
Kau kini telah pergi,

Sang Unggas hadirmu suatu pengajaran,
analogi kehidupan yang mahal tanpa nilai susut,
Senantiasa menggunung harga diri dan pengorbananmu,
Kerana kau telah hadirkan warna-warna hati dalam hidupku,
Jangan pernah ada hati yang berniat membantu tetapi terus menangguh bakti,
Jangan pernah ada jiwa suci mencari kebaikan menangguh menyebarkan kebersamaan,
Unggas datang dan pergi,
Unggas terbang ditemani kenangan semalam,
Akhirnya tersebarnya cinta dalam hembusan bayu 
yang menusuk sum-sum ingatan.
Ikhlas,

Raihana Tomoko a.k.a NSB


Friday, 9 January 2015

Final day, paper and finally be with 'sisters'!!!

Assalamualaikum semua.


Alhamdulillah, semalam ialah last paper untuk exam semester ni. Aku rasa tak sabar nak pulang ke Penang. Habiskan masa cuti semester dengan aktiviti atau benda-benda berfaedah. Time-time macam ni la aku dapat luangkan masa buat benda-benda yang aku suka. Misalnya, memasak ke, belajar menjahit ke (Hobi baru aku ni...hehehe.), mengadap lappy, buat Blog...( Ini pun hobi baru aku..,*Sejak-sejak ni banyak betul hobiesss baru muncul dalam kamus hidup aku* Haiii...layan je la.) Kisah cuti in shaa Allah akan muncul soon. Doakan ek. Semoga aku dapat tulis dan berkongsi sesuatu yang dapat datangkan manfaat bersama. 

Hmmm...

Cakap mengenai 'final paper', aku yakin semua orang akan bangun beredar sebaik sahaja Ketua pengawas tu kata, 

"Anda semua boleh tinggalkan dewan."
Yup, exactly. Aku pun buat benda yang sama. Hehehe... Paper ni subjek wajib, dan semua yang ambil rata-rata bukan dari kos yang sama. Aku berkenalan dengan dua orang kakak yang baik sangat dalam kelas tu. Disebabkan nama aku berada pada list ketiga teratas selepas nama-nama kakak tu, nak dijadikan cerita, semua tugasan kerja berkumpulan, aku segroup la. Untung dan bertuah aku sebab Allah temukan aku dengan mereka. Banyak yang mereka kongsikan terutamanya mengenai kehidupan ni. Mereka ialah Kak Dayang dan Kak Ika. Lepas keluar dewan je, Kak Dayang ajak kami bergambar.

 
Kak Dayang (bertudung hijau) & Kak Ika ( Bertudung bunga)
Arrr...yang pegang beg PARIS tu... *Dahi berkerut, bibir muncung* 
tak dapat dikenal pasti identitinye... maklumlah comel sanget...ahakkk.

Kak Dayang ialah seorang kakak yang baik. Kalau aku nak describe perwatakan dan perawakan dia...satu buku pun tak cukup. Sekali tengok mesti korang terpikat. Dah la baik hati, cantik, sopan santun, peramah...kalau aku...Aku bagi A++ untuk skor perwatakan tu. Basically, She is really caring person, and a good listener. Ada juga aku shared personal dengan dia sebab aku dah anggap dia macam kakak aku sendiri. Arr...apa bendanya tu??? Ishh..mana boleh beritahu, dah nama pun personal kan...hehehe...Hal orang perempuan. :) 

Kak Dayang ni orang Sabahan..."Ya bah kalau kaw" Aku ni cakap Sabah tak la pandai pun, tapi ikut slang orang Sabah tu tahu la... Selama hari ni, aku dengar dan tengok je sejenis kuih ni...namanya Kuih Cincin, kuih tradisi orang Sabah tapi tak pernah pun dapat rasa makan. *Kesian kan kat tite, sob,sob :'( * Kak Dayang ni la orang pertama yang bagi kuih tu, dia bawa dari Sabah then bagi kepada ahli kumpulan yang lain juga. Rasa kuih cincin sedap sangat... *Sampai sekarang terngiang-ngiang rasa kesedapan tu dalam neuron-neuron otak aku ni, maklumlah aku orang semenanjung, kan!* Sebelum berpisah aku pun sempat order kuih cincin ni kepada Kak Dayang. Tak sabar nak tunggu...Eeee...excited! ;)
Inilah rupa Kuih Cincin tu...*I likeeee...#sedapbanget*

Kak Ika pula seorang kakak yang baik, suka berkongsi maklumat tentang IT, Maklumlah, "teman orang Multimediao...*Cakap Peraok sikit la*" Aku berminat jugak dengan ICT ni. ICT merupakan salah satu bidang kemahiran yang fofular sekarang. Jadi aku pun ada la tanya-tanya Kak Ika tentang Photoshop, edit gambar, buat blog, dan macam-macam lagi. Memang tak sempat nak bagi tunjuk ajar sebab asal jumpa di kelas je kami sibuk bincang mengenai pembentangan kumpulan, kalau tak pun, kami dengar pembentangan daripada kumpulan lain. Apa yang aku dapat belajar daripada Kak Ika ialah aku dapat tahu tentang software baru. Sekadar maklumat dan penerangan daripada pemerhatian aku bila tengok Kak Ika build up slides presentation kami. Info tu bermanfaat dan aku suka sangat. 

Sebelum-sebelum ni, aku tak pernah terdetik pun nak belajar dan buat sendiri blog ni...dalam minda asyik set " Tak tahuuu aje" mana nak jadikan! Bila tak dapat buat * tak tahu nak add gajet dekat template+ add/find suitable coding * mula rasa give up + malas sangat-sangat dan akhirnya blog hanya tinggal sekadar nama sahaja. (Usaha ciput + give up je memanjang, tak ada langsung erti bangkit semula....ishhh... itu dulu...) Alhamdulillah sekarang semangat aku berkobar-kobar nak tulis blog. Kalau tak ada orang nak baca, *hati kata, "tak apa, asalkan kau happy dengan kisah-kisah kau, cukup!"* :) Aku banyak mencuba dan sedang belajar lagi tentang cara menghias blog ni. In shaa Allah, dari semasa ke semasa aku akan cuba sajikan kisah-kisah dan informasi yang bermanfaat. Doakan aku buat yang terbaik ye. Amin.

Aku doakan yang terbaik untuk kedua-dua orang 'kakak' aku. Walaupun kita berjauhan, jangan lupa kat tite ek...hehehe...*Feeling jadi adik jap, ahahkk...* Last but not least, I hope we all get flying of colours in our result soon, Amin. 

For Kak Dayang, I'm happy meeting a person alike you. I'm sure you'll become the best ever mom for Iman *In shaa Allah with his future siblings soon,:)*. Wish you happy and always in Allah secure and happiness. And to Kak Ika, In shaa Allah, you'll tend to become a mother soon, I do pray for your seek, In shaa Allah will be fine, enjoy your practicum and wish you the best of luck. Amin.

Sahabat Ikhlas,

Raihana Tomoko,
A.K.A NSB