Tutorial cara meletakkan galeri & button Instagram di
blog.
Assalamualaikum semua...
Hari ni aku belajar sesuatu tentang cara membuat galeri & button Instagram di laman blog. Jujurnya, aku memang tak tahu langsung macam mana nak create bendalah ni, tapi alhamdulillah berkat aku berusaha tanpa putus-putus search kaedah yang sesuai untuk aku hasilkan sendiri benda ni akhirnya aku berjaya. * Senyum colgate*
Ok...Mari sini orang-orang kampung...hehehe...aku nak kongsi ilmu yang ciput ni.
Dah sedia ke??? Ok, ok...Mula-mula....
1. Pastikan anda mempunyai akaun instagram. Log in
akaun anda kemudian search ‘webstagram’.
2. Setelah itu, anda klik butang ‘Tools’.
(Isi maklumat yang tertera di laman skrin)
3. Selepas itu, anda boleh melihat gambaran galeri
anda dengan mengklik ‘preview’.
4. Apabila anda sudah berpuas hati, klik ‘generate
code’ untuk mendapatkan code galeri instagram tersebut.
5. Setelah itu anda copy code yang diperoleh dan
pergi ke:
Layout
- Add gajet (HTML/javascript) – pastekan code tersebut dan kemudian klik save.
**Manakala untuk membuat button instagram,
anda perlu klik 'follow me button' pada laman yang sama. Kemudian copy code yang
tertera dan pastekan dalam HTML/javascript.
Tu je...Semoga bermanfaat. :)
Ikhlas.
Raihana Tomoko a.k.a NSB
No comments:
Post a Comment