Rasanya dah lama RT tak update blog ni. Sibuk sana sini mana nak sempat post entry yang best-best kan... Tak apa, tak apa...*Muka beria-ria* RT ada kisah yang menarik untuk dikongsikan kepada rakan-rakan. Hmm...*Senyum lebar sambil mata berkelip-kelip* Hahaha...
Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah kerana RT telah berjaya merealisasikan misi bantuan banjir di Pahang. Misi tu ialah misi Sukarelawan Banjir UPSI REsQ Team: Responsive Quickness.
Panjang kisahnya.....
Pada 16 hb Januari yang lalu, RT dan beberapa orang lagi sahabat perjuangan telah mengikuti misi Sukarelawan Banjir ke Pahang.
Misi ni berjadual selama 4 hari 3 malam.
16 Januari 2015
Hari pertama tak ada apa sangat. Kami semua berkumpul mendengar taklimat dan kemudian ahli yang bertugas mengedarkan baju t yang akan dipakai selama misi berlangsung. Cantik, cantik sangat...warna merah...( warna favourite RT*Hehehe*)
Rombongan misi ni disertai oleh tiga buah kolej iaitu Kolej Ungku Omar (KUO), Kolej Harun Aminurasyid (KHAR) dan Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK). Aku mewakili UKLK. Seramai 34 orang peserta yang menyertai misi banjir di bawah kelolaan UKLK. Rombongan bertolak pada jam lima petang dan sampai pada sebelah malam. Kami menginap di Universiti Malaysia Pahang, Kampus Gambang. Sampai je, kami diberikan sebuah rumah untuk menginap selama kami di sana. Malam pertama tak ada apa-apa yang best sangat.
17 Januari 2015
Pada keesokan harinya pulak, kami kena berkumpul berhampiran kawasan pakir bas sekitar jam 7.30 pagi.
Setelah kesemua peserta misi banjir menaiki bas mengikut kolej
masing-masing, para peserta di bawa berhimpun di perkarangan masjid (asrama pelajar yang ada tembok ala-ala legoland tu. Hehehe...) untuk mendengar
taklimat tentang sukarelawan banjir. Ramai peserta yang ikut serta. Kebanyakan universiti
yang sertai misi kali ni adalah dari Universiti Sains Malaysia (USM),
Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM) Jengka, Universiti Teknologi Malaysia
(UTM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Malaysia Pahang (UMP)
dan banyak lagi universiti serta badan-badan kerajaan yang turut serta
menjayakan misi ini.
Sebelum kami bersurai dari perhimpunan kecil tu, pihak ResQ Team telah membahagikan kami kepada beberapa buah kumpulan. Aku dan kawan-kawan aku (Hanim, Lia dan Laila) bersyukur sangat dapat satu team. Kumpulan kami ialah kumpulan 06.
Destinasi kami ialah Chenor. So, dari Gambang bas yang kami naiki
meluncur laju di atas highway menuju ke Chenor. Lama juga la nak sampai ke Chenor. Semangat RT berkobar-kobar nak mulakan misi cuci-cuci ni. Hehehe…
Maklumlah nama pun misi banjir. Mesti banyak barang yang nak kena bersihkan.
Alhamdulillah, tak berapa lama kemudian kami pun sampai di Kampung Lubuk Salak, Chenor, Pahang. Sampai je di rumah mangsa banjir yang pertama, semua peserta turun dari bas untuk keluarkan barang-barang untuk disumbangkan seperti makanan, pakaian, dan keperluan asas lain. Selain itu, perkakas-perkakas mencuci pun dikumpulkan di suatu kawasan. Setiap ketua kumpulan akan mengambil peralatan seperti kasut bot, berus lantai, batang mop, baldi dan sarung tangan untuk digunakan semasa aktiviti mencuci. Setelah kesemua peralatan diberikan, kesemua peserta bergerak mengikut kumpulan masing-masing menaiki bas semula.
Kumpulan 06 diturunkan di rumah yang ketiga. Sebelum kami tiba, sudah ada sukarelawan dari sekolah yang terdiri daripada kakitangan sekolah turun padang mengeras tenaga membantu. Menurut mak cik *Tolong sampai terlupa nak tanya nama…hehehe*, anak lelaki mak cik bekerja sebagai pegawai keselamatan di sekolah tu. Oleh itu, dah jadi tanggungjawab pihak sekolah sama-sama membantu kakitangan sekolah yang menjadi mangsa banjir bagi meringankan beban.
Benda pertama yang kami buat ialah mengeluarkan barang-barang yang masih lagi tersisa dalam rumah tu. Pada mulanya aku bertugas dalam rumah. Tolong angkat barang-barang seperti karpet, bantal kusyen, tikar, bantal dan lain-lain lagi ke luar rumah. Ada barang yang dah tak boleh digunakan lagi, sebab paras air naik hampir mencecah bumbung rumah. Rumah mak cik ni dua tingkat. Barang-barang pun dikeluarkan mengikut prosedurnya. Bila tengok di luar rumah hanya ada seorang je kawan team aku yang menguruskan barang-barang untuk dilupuskan *dah la panas terik time tu, kecian pula tengok dia tercegat kat pintu…huhuhu* Jadi RT pun turun padang menerikkan diri. Apa lagi pakai la bot.
Jeng...jeng..jeng...
Ada suatu peristiwa yang terjadi time tu. Hehehe… Begini kisahnya, Sebelum aku keluar dari rumah dan bertugas di luar rumah, aku dengar mak cik tu cakap …
Melihat keadaan karpet yang masih dalam gulungan dan basah, ResQ Team 06 pun mengalihkannya ke luar rumah. Nak-nak mak cik tu dah cakap ‘buang’. Menurut fikiran kami yang bertugas di luar rumah tika itu *ada tiga orang tapi akhirnya tinggal dua orang je sebab yang seorang lagi tu dia tolong encik-encik Hilux hantar makanan. Hantar makanan ek…hehehe* udah mak cik tu cakap buang, bukan ke buang tu lupuskan, jadi kerja kami nak menyenangkan tuan rumah *Api membako pun seperti melambai-lambai kelaparan…hehehe…metaforanye* kami pun membawanya untuk dibakar.
Selesai satu kerja. *Fuhhh…rasa seperti tentera yang sudah berbakti kepada tanah air la konon*
Selepas tu kami pun melakukan kerja-kerja membakar yang lain. Aku tanya la mak cik tu bekas-bekas yang terbiar dengan lumpur tu nak kena buang ke macam mana. Apa yang mak cik tu bagi green light aku buat. Macam Saiful Apek cakap dalam Filem Jutawan Fakir,
RT masih lagi di luar meneruskan agenda membakar dengan kawan RT
yang memang pakar dalam bab-bab membakar ni. *Hehehe…bakat terpendam la
katakan.*
Rakan-rakan resQ team 06 yang lain puas mengemas dalam rumah. Ada yang mengemas bilik, membersihkan lantai, dan mengemas dapur serta perkakas dapur yang terkena lumpur. Kerja mereka pun tip-top, sangat baik. A+++…
Perut pun dah bergendang, jadi kami berhenti rehat seketika untuk makan dan solat jama’ qasar.
ResQ Team 06 memang terdiri daripada orang yang petah berkata-kata dan ada aje agenda atau topik-topik yang dibangkitkan. Hehehe…RT pun tak tahan ketawa sebenarnya dengar mereka berceloteh. Nak-nak masa makan berjemaah, sesi menyakat masih lagi berlangsung. Sudahlah dalam mulut berisi makan, nak tahan daripada ketawa tu ibarat menahan gunung berapi daripada meletuskan laharnya. Simbolik sungguh kan. Haiii…*Geleng-geleng kepala.
Selepas makan, ResQ Team 06 menunaikan solat fardhu berjemaah secara jama’ qasar. Solat diimamkan oleh Abang Chik.
Selesai menunaikan solat, maka bermulalah sesi bertaa’ruf bagi ahli-ahli kumpulan 06. Walaupun kami berasal dari tempat belajar yang sama, tetapi sebenarnya kami masih belum kenal antara satu sama lain. Maka di sini berlakulah pertembungan kos yang rata-ratanya tidak sama. (Kos BM, Psikologi, Pengurusan Perniagaan, dan Kimia *Dah dapat kawan baru…*)muka senyum*. Nak kenal mereka seorang demi seorang, sekejap lagi aku introduced. Hehehe...
Selesai aje aktiviti bertaa’ruf, kami pun sambung kembali kerja yang masih berbaki.
Sob...sob...sob...:_(
Sambil-sambil buat kerja di luar rumah, aku dengar mak cik tu berbual-bual dengan ahli keluarganya tentang karpet yang kami dah lupuskan tu. Ada nada terkilan pada bicara mak cik tu sebab menurutnya, karpet tu baru habis bayar ansurannya tapi sayang tak sempat nak guna, dah kena bakar.
Aku dan Arep rasa tindakan kami sebenarnya mengikut arahan yang mak cik tu beri. Cuma kami lebih advanced sedikit terus aje buang karpet tu ke tempat membakar. Yelah, namanya pun 'buangkan'. Hmm…Tambahan lagi, anak mak cik tu yang suruh kami supaya bakar je karpet itu (Mungkin anak lelaki mak cik tu juga berpandangan dalam keadaan dan situasi sedemikian rupa, untuk mereka membasuh karpet-karpet yang ada mungkin agak sukar dek kerana kawasan tanah masih basah, lembap dan berlumpur. Jadi, anak lelaki mak cik tu pun putuskan supaya karpet-karpet tu dibakar *zuppp…hilang dari pandangan*) *Karpet bukan ringan…nak-nak yang dah serap air, berat kut*
Tugas kami berakhir ‘cantik’ kerana kena pada waktu pacuan empat roda menjemput kami untuk berkumpul di kawasan masjid kampung itu.
Sebelum pulang, ResQ Team 06 memohon maaf atas segala kekurangan yang ada selama kami menjalankan misi sukarelawan banjir di rumah mak cik itu. Alhamdulillah, semuanya berakhir dengan baik sekali. Mak cik itu sebenarnya tak marah pun dengan kejadian yang menimpa karpet-karpetnya. Cuma ada nada terkilan kerana belum sempat menggunakan karpet tu.
Doa aku supaya mak cik sekeluarga akan dibukakan pintu rezeki yang lebih luas pada masa hadapan selepas bencana banjir menimpa mereka. Amin. Akhirnya, misi pertama kami alhamdulillah berjaya.
Kami pulang menaiki kenderaan pacuan empat roda Hilux dan kemudiannya di bawa berkumpul di perkarangan masjid. Ada di antara mereka yang belum menunaikan solat jama’ qasar. Oleh itu, destinasi masjid sebagai tempat berkumpul ialah amat strategik. Setelah kesemua peserta ResQ Team UPSI berada di perkarangan masjid, semua peserta dibenarkan untuk naik ke dalam bas masing-masing untuk pulang ke rumah penginapan di Gambang.
Daripada nak cerita seorang demi seorang * ala-ala karang puisi*, kita tukar kaedah ek…guna jadual. Baru nampak lain dari yang lain.
P/s: In shaa Allah setiap niat yang baik pasti akan dipermudahkan. RT bersyukur sangat kerana telah berjaya merealisasikan misi sukarelawan banjir pada hari pertama. Tambahan lagi, dapat mengenali sahabat-sahabat baru yang baik-baik belaka. Semoga ukhwah yang terjalin kekal di dunia dan akhirat. Amin. Yang baik kesemuanya datang daripada Allah dan yang sebaliknya itu datang daripada kekurangan RT sendiri.
*Ini baru part 1, ada lagi part 2...Masih berbaki dua hari lagi misi bantuan ni. Nak tahu cerita selanjutnya kena tungguuu. :-)*
Wartawan cute,
Raihana Tomoko a.k.a NSB
*Tulisan pada baju T*
Rombongan misi ni disertai oleh tiga buah kolej iaitu Kolej Ungku Omar (KUO), Kolej Harun Aminurasyid (KHAR) dan Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK). Aku mewakili UKLK. Seramai 34 orang peserta yang menyertai misi banjir di bawah kelolaan UKLK. Rombongan bertolak pada jam lima petang dan sampai pada sebelah malam. Kami menginap di Universiti Malaysia Pahang, Kampus Gambang. Sampai je, kami diberikan sebuah rumah untuk menginap selama kami di sana. Malam pertama tak ada apa-apa yang best sangat.
17 Januari 2015
Pada keesokan harinya pulak, kami kena berkumpul berhampiran kawasan pakir bas sekitar jam 7.30 pagi.
*Pict hari pertama*
Hujung dari kiri ialah Anim, aku, Lia dan Laila.
Sebelum kami bersurai dari perhimpunan kecil tu, pihak ResQ Team telah membahagikan kami kepada beberapa buah kumpulan. Aku dan kawan-kawan aku (Hanim, Lia dan Laila) bersyukur sangat dapat satu team. Kumpulan kami ialah kumpulan 06.
*ResQ Team 06*
Berdiri dari kiri Syazwan, Maira, Fazz, Arep, Kak Ain, Anim.
Duduk dari kiri Kak Nasa, Lia, Laila, aku dan Abang Chik (Ketua 06).
Gambar ni semasa di perkarangan masjid Kampung Lubuk Salak.
Alhamdulillah, tak berapa lama kemudian kami pun sampai di Kampung Lubuk Salak, Chenor, Pahang. Sampai je di rumah mangsa banjir yang pertama, semua peserta turun dari bas untuk keluarkan barang-barang untuk disumbangkan seperti makanan, pakaian, dan keperluan asas lain. Selain itu, perkakas-perkakas mencuci pun dikumpulkan di suatu kawasan. Setiap ketua kumpulan akan mengambil peralatan seperti kasut bot, berus lantai, batang mop, baldi dan sarung tangan untuk digunakan semasa aktiviti mencuci. Setelah kesemua peralatan diberikan, kesemua peserta bergerak mengikut kumpulan masing-masing menaiki bas semula.
Kumpulan 06 diturunkan di rumah yang ketiga. Sebelum kami tiba, sudah ada sukarelawan dari sekolah yang terdiri daripada kakitangan sekolah turun padang mengeras tenaga membantu. Menurut mak cik *Tolong sampai terlupa nak tanya nama…hehehe*, anak lelaki mak cik bekerja sebagai pegawai keselamatan di sekolah tu. Oleh itu, dah jadi tanggungjawab pihak sekolah sama-sama membantu kakitangan sekolah yang menjadi mangsa banjir bagi meringankan beban.
Benda pertama yang kami buat ialah mengeluarkan barang-barang yang masih lagi tersisa dalam rumah tu. Pada mulanya aku bertugas dalam rumah. Tolong angkat barang-barang seperti karpet, bantal kusyen, tikar, bantal dan lain-lain lagi ke luar rumah. Ada barang yang dah tak boleh digunakan lagi, sebab paras air naik hampir mencecah bumbung rumah. Rumah mak cik ni dua tingkat. Barang-barang pun dikeluarkan mengikut prosedurnya. Bila tengok di luar rumah hanya ada seorang je kawan team aku yang menguruskan barang-barang untuk dilupuskan *dah la panas terik time tu, kecian pula tengok dia tercegat kat pintu…huhuhu* Jadi RT pun turun padang menerikkan diri. Apa lagi pakai la bot.
Jeng...jeng..jeng...
Ada suatu peristiwa yang terjadi time tu. Hehehe… Begini kisahnya, Sebelum aku keluar dari rumah dan bertugas di luar rumah, aku dengar mak cik tu cakap …
“Hahhh…Karpet ni buang la…” Kata mak cik sambil melihat ResQ Team 06 sedang khusyuk menurunkan karpetnya yang tersangkut di atas siling.
Melihat keadaan karpet yang masih dalam gulungan dan basah, ResQ Team 06 pun mengalihkannya ke luar rumah. Nak-nak mak cik tu dah cakap ‘buang’. Menurut fikiran kami yang bertugas di luar rumah tika itu *ada tiga orang tapi akhirnya tinggal dua orang je sebab yang seorang lagi tu dia tolong encik-encik Hilux hantar makanan. Hantar makanan ek…hehehe* udah mak cik tu cakap buang, bukan ke buang tu lupuskan, jadi kerja kami nak menyenangkan tuan rumah *Api membako pun seperti melambai-lambai kelaparan…hehehe…metaforanye* kami pun membawanya untuk dibakar.
Selesai satu kerja. *Fuhhh…rasa seperti tentera yang sudah berbakti kepada tanah air la konon*
Selepas tu kami pun melakukan kerja-kerja membakar yang lain. Aku tanya la mak cik tu bekas-bekas yang terbiar dengan lumpur tu nak kena buang ke macam mana. Apa yang mak cik tu bagi green light aku buat. Macam Saiful Apek cakap dalam Filem Jutawan Fakir,
“Bertindak mengikut arahan.”
Rakan-rakan resQ team 06 yang lain puas mengemas dalam rumah. Ada yang mengemas bilik, membersihkan lantai, dan mengemas dapur serta perkakas dapur yang terkena lumpur. Kerja mereka pun tip-top, sangat baik. A+++…
Perut pun dah bergendang, jadi kami berhenti rehat seketika untuk makan dan solat jama’ qasar.
ResQ Team 06 memang terdiri daripada orang yang petah berkata-kata dan ada aje agenda atau topik-topik yang dibangkitkan. Hehehe…RT pun tak tahan ketawa sebenarnya dengar mereka berceloteh. Nak-nak masa makan berjemaah, sesi menyakat masih lagi berlangsung. Sudahlah dalam mulut berisi makan, nak tahan daripada ketawa tu ibarat menahan gunung berapi daripada meletuskan laharnya. Simbolik sungguh kan. Haiii…*Geleng-geleng kepala.
Selepas makan, ResQ Team 06 menunaikan solat fardhu berjemaah secara jama’ qasar. Solat diimamkan oleh Abang Chik.
Selesai menunaikan solat, maka bermulalah sesi bertaa’ruf bagi ahli-ahli kumpulan 06. Walaupun kami berasal dari tempat belajar yang sama, tetapi sebenarnya kami masih belum kenal antara satu sama lain. Maka di sini berlakulah pertembungan kos yang rata-ratanya tidak sama. (Kos BM, Psikologi, Pengurusan Perniagaan, dan Kimia *Dah dapat kawan baru…*)muka senyum*. Nak kenal mereka seorang demi seorang, sekejap lagi aku introduced. Hehehe...
Selesai aje aktiviti bertaa’ruf, kami pun sambung kembali kerja yang masih berbaki.
Sob...sob...sob...:_(
Sambil-sambil buat kerja di luar rumah, aku dengar mak cik tu berbual-bual dengan ahli keluarganya tentang karpet yang kami dah lupuskan tu. Ada nada terkilan pada bicara mak cik tu sebab menurutnya, karpet tu baru habis bayar ansurannya tapi sayang tak sempat nak guna, dah kena bakar.
Aku dan Arep rasa tindakan kami sebenarnya mengikut arahan yang mak cik tu beri. Cuma kami lebih advanced sedikit terus aje buang karpet tu ke tempat membakar. Yelah, namanya pun 'buangkan'. Hmm…Tambahan lagi, anak mak cik tu yang suruh kami supaya bakar je karpet itu (Mungkin anak lelaki mak cik tu juga berpandangan dalam keadaan dan situasi sedemikian rupa, untuk mereka membasuh karpet-karpet yang ada mungkin agak sukar dek kerana kawasan tanah masih basah, lembap dan berlumpur. Jadi, anak lelaki mak cik tu pun putuskan supaya karpet-karpet tu dibakar *zuppp…hilang dari pandangan*) *Karpet bukan ringan…nak-nak yang dah serap air, berat kut*
Tugas kami berakhir ‘cantik’ kerana kena pada waktu pacuan empat roda menjemput kami untuk berkumpul di kawasan masjid kampung itu.
Sebelum pulang, ResQ Team 06 memohon maaf atas segala kekurangan yang ada selama kami menjalankan misi sukarelawan banjir di rumah mak cik itu. Alhamdulillah, semuanya berakhir dengan baik sekali. Mak cik itu sebenarnya tak marah pun dengan kejadian yang menimpa karpet-karpetnya. Cuma ada nada terkilan kerana belum sempat menggunakan karpet tu.
Doa aku supaya mak cik sekeluarga akan dibukakan pintu rezeki yang lebih luas pada masa hadapan selepas bencana banjir menimpa mereka. Amin. Akhirnya, misi pertama kami alhamdulillah berjaya.
Kami pulang menaiki kenderaan pacuan empat roda Hilux dan kemudiannya di bawa berkumpul di perkarangan masjid. Ada di antara mereka yang belum menunaikan solat jama’ qasar. Oleh itu, destinasi masjid sebagai tempat berkumpul ialah amat strategik. Setelah kesemua peserta ResQ Team UPSI berada di perkarangan masjid, semua peserta dibenarkan untuk naik ke dalam bas masing-masing untuk pulang ke rumah penginapan di Gambang.
Daripada nak cerita seorang demi seorang * ala-ala karang puisi*, kita tukar kaedah ek…guna jadual. Baru nampak lain dari yang lain.
|
Nama Komersial
|
Keistimewaan
|
|
Abang Chik
|
-Seorang ketua kumpulan yang baik.
-Mementingkan silaturahim sesama ahli
bahkan sesame manusia.
-Suka memberi motivasi dan berusrah.
-Paling penting, Abang Chik pandai berhumor.
|
|
Fazz
|
-Seorang yang rajin. (Buktinya, dia
selaluuu cakap, ‘Jangan pijak lantai aku’, sambil tangan menghalang kami yang
main bako-bako masuk ke dalam rumah- mentang-mentang la dia yang mop lantai
tu. Hehehe…)
-Baik hati. (Belanja ResQ Team minum
milo ais, tapi tak pernah nak mengaku diri tu belanja- Bagus la rendah diri.)
-Kaki bergelak. (Jumpa Arep jee..terus
suasana gamat dengan gelak ketawa diorang…Haiii..Apa yang diperkatakan pun
aku tak faham-geleng kepala-)
-Suka sakat. (Kak Nasa sakat dia, dia
sakat kak Nasa…padan la. Hehehe)
-Paling penting, dia ni pemalu orangnya.
(Buktinya…’loading’…maaf tiada dalam pencarian. Hehehe…)
|
|
Arep
|
-Bercita-cita tinggi
-Berdaya kepimpinan
-Melakukan sesuatu mengikut gerak hati.
-Seorang yang merendah diri
-Kaki bergelak (Jumpa Fazz je,
berlangsunglah pesta ketawa yang mereka-mereka je faham. Hehehe…)
-Paling penting, dia seorang yang boleh
diharapkan + baik hati. (Buktinya, dia la geng bako karpet tite..hehehe)
|
|
Shazwan
|
-Seorang penghantar makanan yang setia.
(Pergi ambil makanan lepas tu…*cedih* tak datang semula pun.)
-Paling penting, kalau dia tak ambil
makanan tentu kita-kita yang bekerja ni jadi mangsa kebuluran…hurmm…Apa-apa
pun *thumb up* good job Syazwan. Hehehe…
|
|
Kak Nasa
|
-Seorang kakak yang penyayang
-Baik hati
-Muka ala-ala FL dari tepi. Hehehe…
-Kalau taka da akak maka taka da la
‘perang menyakat’ Hehehe…
-Tengah praktikum sekarang
-Sekepala dengan Maira.
|
|
Anim
|
-Sahabat seperjuangan MMK
-Tegas dalam tenang
-Suka menyakat Lia. Hehehe…
-Matang dan seorang business woman yang
berjaya…hehehe…
|
|
Lia
|
-Sahabat seperjuangan MMK
-Seorang yang pemalu
-Rajin melaksanakan tugas sebagai s/u
misi banjir.
-Lemah-lembut dan peramah orangnya.
|
|
Lai
|
-Sahabat seperjuangan MMK
-Seorang yang kemas.
-Lemah- lembut dan peramah orangnya.
(sama seperti Lia)
-Berpendirian tegas.
|
|
Maira
|
-Seorang ‘adik’ dalam misi ResQ Team
UKLK.
-Berfikiran luas.
-Bijak berkata-kata.
-Pandai berdikari
-Pandai bergaul dengan rakan-rakan baru.
-Sekepala dengan Kak Nasa. Hehehe…
-‘Flight Attendant’ yang setia. (Setia
berjalan dari belakang sampai ke tempat duduk driver untuk beri rasa makanan.)
|
*Ini baru part 1, ada lagi part 2...Masih berbaki dua hari lagi misi bantuan ni. Nak tahu cerita selanjutnya kena tungguuu. :-)*
Wartawan cute,
Raihana Tomoko a.k.a NSB
.jpg)


No comments:
Post a Comment